Hubungan cinta yang terjalin di antara Hazama dan pemuzik berketurunan Cina, Genervie Kam bukan lagi menjadi rahsia apabila Hazama sendiri bersikap terbuka dalam mendedahkan hal itu kepada umum.
Walaupun berlainan agama, Hazama tidak mengganggap perkara itu sebagai satu halangan buat diri mereka.
Penyanyi berusia 29 tahun ini juga mengakui sudah membawa Genervie berjumpa dengan keluarganya yang terbuka menerima kekasihnya itu.
Selain itu, Hazama juga mengakui ada berbincang isu agama dengan Genervie namun dia tidak pernah memaksa teman wanitanya itu untuk memeluk agama Islam.
“Isu ini agak sensitif dan saya tidak paksa dia untuk peluk Islam Kalau dia hendak peluk Islam biarlah dari hati, bukan sebab cinta. Bagi saya, dia seorang yang sangat baik dan perlahan-lahanlah kita doakan,” katanya yang dipetik menerusi portal Gua.
Walaupun hampir menghampiri usia 30 tahun, penyanyi itu tidak mahu tergesa-gesa mendirikan rumah tangga kerana mahu mengukuhkan kerjaya seninya terlebih dahulu.