Posted by : Anas Nazri Saturday, October 26, 2013

Amuk: ‘Dia Bukan Seorang Pemarah’
Amuk: ‘Dia Bukan Seorang Pemarah’ - SEGAMAT : Ibu kepada suspek yang menikam empat mangsa di tiga lokasi sekitar Taman Melati, Gombak, kelmarin, mengakui anaknya bukan seorang pemarah.
Sambil menyifatkan anak ketiga daripada enam beradik itu sebagai seorang yang pentingkan pendidikan adik-adiknya, Hamidah Abd Rahman, 56, berkata, anak lelakinya tidak pernah putus mengirimkan wang belanja setiap bulan meskipun hanya bekerja sebagai pemandu van.
“Dia tidak pernah mengadu sebarang masalah kepada saya. Dia sudah lima tahun bekerja sebagai pemandu van rokok di Cheras dan dia juga mempunyai rakan sekampung yang juga rakan baiknya yang bekerja sebagai pemandu lori treler di Klang.
“Beberapa tahun lalu dia pernah putus cinta, tetapi saya rasa itu bukan faktor yang membuatkannya bertindak sehingga di luar kawalan begini.
“Saya harap orang ramai jangan membuat tanggapan awal sehingga dia disahkan mengalami sakit mental oleh doktor. Dia (suspek) seperti tunjang keluarga kerana anak saya yang pertama sudah meninggal dan anak yang kedua pula sakit,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Felda Pemanis 1, di sini, semalam.
Hamidah turut menafikan anaknya mengalami masalah mental dan terlibat dengan ajaran sesat, sebaliknya mengakui sebagai seorang yang baik.
“Saya sendiri terkejut apabila diberitahu oleh anak bongsu saya sejurus pulang dari kebun bahawa dia (suspek) terlibat dalam kes pembunuhan di Kuala Lumpur, Khamis lalu.
“Saya seolah-olah tidak percaya kerana setahu saya dia tidak mempunyai sebarang masalah. Kali terakhir dia pulang ke kampung sewaktu Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
“Tidak pula dia menunjukkan sebarang perlakuan pelik. Malah, elok pula dia bergaul dengan adik-beradik dan rakannya yang lain. Sebab itu saya tidak percaya anak saya ini ada penyakit mental,” katanya.
Jiran suspek yang enggan dikenali turut mengakui suspek lebih mesra disapa dengan gelaran ‘Kadok’ oleh penduduk setempat menganggap lelaki terbabit sebagai anak sendiri.
“Saya anggap Kadok ini seperti anak saya sendiri kerana dia rapat dengan salah seorang anak saya. Apabila dia pulang ke kampung, dia sering datang ke rumah saya dan boleh dikatakan kebanyakan masanya dihabiskan di sini.
“Dia (suspek) juga boleh dikatakan seorang yang reti menghormati orang tua dan tidak lokek untuk menghulurkan duit terutamanya kepada cucu-cucu saya. Jadi, berita yang diterima ini seolah-olah tamparan hebat kepada saya dan keluarga dia,” katanya. – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -