Posted by : Unknown Thursday, October 24, 2013

Ikan Masin Indonesia Disyaki Ada Pengawet Mayat

Ikan Masin Indonesia Disyaki Ada Pengawet Mayat - JAKARTA : Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.
Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.
“Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama,” katanya kepada akhbar Kompas semalam.
Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. – Agensi

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -