Posted by : Unknown Friday, October 25, 2013

berita, perkasa, johor, saravanan, isu hangat
Ahli Perkasa Johor membuat laporan di Balai Polis Sentral, semalam.


Sembelih babi di sekolah, Perkasa desak polis siasat | JOHOR BAHRU –Perkasa Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat seorang lelaki dikenali sebagai Saravanan, yang mempersoal hukum penyembelihan lembu bagi ibadah korban yang dijalankan pihak sekolah di Selangor, baru-baru ini.

Naib Yang Dipertua Perkasa negeri, Mohd Ghauth Mohd Yusoff berkata, perkara tersebut mula mendapat perhatian umum apabila audio perbualan antara lelaki itu dan individu yang dipercayai guru besar sekolah terbabit tersebar menerusi YouTube dan Facebook.

Menurutnya, isu itu tidak sepatutnya timbul kerana semua pihak sedia maklum bahawa ibadah korban penting bagi umat Islam dan tindakan lelaki itu bukan sahaja memperkecilkan Islam malah boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

“Berdasarkan pemerhatian saya, guru besar tersebut telah menerangkan dengan baik bahawa program penyembelihan lembu sempena ibadah korban itu adalah untuk memberi pendidikan kepada murid-murid Islam berkaitan ibadah berkenaan.

“Mengapa dia nak pertikai dengan mengatakan ‘bagaimana jika orang Cina menyembelih babi di kawasan sekolah?.

Tindakannya itu bukan sahaja biadab, malah boleh menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, semalam.

Dalam audio berdurasi lapan minit itu, lelaki terbabit yang mendakwa berada di luar negara, mempertikaikan mengenai ibadah korban dijalankan di sekolah dan mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti keagamaan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -