Posted by : Unknown Friday, October 25, 2013



Penyanyi Jamal Abdillah dikurnia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang, pada Khamis. 

Turut dikurnia darjah sama ialah penyanyi dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa. 

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, antara 643 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat yang dikurnia oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. 

Berasal dari Ipoh, Perak, Jamal yang mendapat gelaran 'Raja Pop' mula menceburi bidang nyanyian pada 1973 dan aktif dalam dunia hiburan tanah air sehingga kini. 

Sementara itu, Rossa, 35, yang berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti 'Atas Nama Cinta', 'Ayat-Ayat Cinta', 'Hati Yang Kau Sakiti' dan 'Aku Bukanlah Untukmu'.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -