Posted by : Unknown Wednesday, October 16, 2013

Kanak kanak Cedera Ketika Bapa Undur Kereta
KUALA TERENGGANU : Seorang lelaki yang sedang mengundurkan kereta untuk ke kedai, terlanggar anak lelakinya berusia setahun empat bulan, menyebabkan kanak-kanak itu cedera.
Mohd Farish Hakimi Mohd Faizal kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan keadaannya dilapor stabil.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi di Kampung Kemat, Hulu Terengganu dekat sini hari ini, Mohd Faizal Ibrahim, 31, mengundurkan kereta Perodua Viva yang diletakkan di halaman rumah untuk ke kedai, tanpa menyedari anaknya berada di belakang kereta itu.
Mohd Faizal berkata sebelum itu, Mohd Farish bersama abang dan dua saudaranya sedang bermain di beranda rumah.
“Mohd Farish ikut saya masuk ke dalam kereta, namun saya mengangkat Mohd Farish dan letakkan dia semula di beranda sebanyak tiga kali,” katanya ketika ditemui di HSNZ di sini.
Selepas meletakkan anaknya di beranda untuk kali ketiga, Mohd Faizal berkata beliau mengundurkan kereta dan terasa melanggar sesuatu serta mendengar tangisan kanak-kanak di bawah keretanya.
“Bila saya keluar dari kereta, saya melihat anak kedua saya itu berada di bahawa kereta. Saya dan abang ipar terpaksa mengambil kayu untuk menuil kereta bagi mengeluarkan anak saya dari bawah kereta,” katanya. 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -