Posted by : Unknown Thursday, October 24, 2013

Nora Danish Kepala Nora Danish Terkoyak Sewaktu Berlakon?
Kepala Nora Danish Terkoyak Sewaktu Berlakon?| Melihat tajuk di atas, pasti ramai peminat merasa bimbang dengan keadaan Nora Danish bukan? Bagaimana agaknya kecedaraan yang dialami oleh aktres tersebut dan adakah luka itu serius?
 Jika dilihat daripada sekeping foto yang dikongsikan oleh Nora semalam, kepala pelakon tersebut dilihat terkoyak di bahagian dahi dan lebih mengerikan lagi apabila terdapat luka yang sangat dalam sehingga menampakkan isi kepalanya yang berlemuran darah.
Apabila ternampak foto tersebut, penulis cepat-cepat membaca caption serta ruang komen yang terdapat pada foto itu, untuk mendapatkan pengesahan lanjut.
Setelah melihat caption serta meneliti setiap status laman sosial pelakon tersebut, rupanya luka yang dialami oleh Nora hanya sekadar lakonan dan kesan koyak di bahagian dahinya itu juga sekadar kesan mekap daripada jurusolek profesional, Ella Sandera.
Menurut Nora, kesan luka itu merupakan babak lakonan yang ingin ditonjolkan olehnya menerusi filem Pengantin Malam.
Wow, nampak real kan kesan koyak tersebut? Memang penulis respect dengan hasil kerja Ella Sandera-ohbulan-

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -