- Back to Home »
- informasi , kemalangan , semasa , terkini »
- Lelaki Maut jatuh dari Tingkat 14 Kondominum
Posted by : Unknown
Saturday, October 12, 2013
Kondominium Mutiara, Bandar Perda
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 14 Kondominium Mutiara, Bandar Perda di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 11 malam itu, mangsa, Mohd. Danial Iqbal Irwanshah, 21, ditemui terlentang di tingkat bawah kondominium tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bergaduh dengan rakan serumahnya mengenai duit bayaran sewa rumah sebelum bertindak terjun dari tingkat 14 kondominium berkenaan.
Beliau berkata, mangsa dikatakan memukul rakan serumahnya dan kemudian mengurungkan diri di dalam bilik sebelum bertindak terjun melalui tingkap di bilik itu. "Rakan serumah mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Nasir berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan. Sementara itu, adik mangsa, Ien Barsyah, 17, berkata, "Saya terkilan kerana tidak terus datang ketika arwah abang menghubungi saya dan meminta bantuan kira-kira pukul 9 malam."
Katanya, abangnya ada menghubunginya dan meminta bantuan kerana mendakwa dia diserang oleh sekumpulan lelaki. "Dia tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan lain sebelum berasa tidak sedap hati dan membuat keputusan untuk pergi ke rumah sewa abangnya itu.
"Apabila saya sampai di rumah, saya dapati pintu berkunci sebelum didatangi jiran yang memberitahu terdengar berlaku pergaduhan di dalam rumah selain memberitahu salah seorang jatuh dari tingkat itu," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Barsyah, dia segera bergegas ke bawah dan terkejut setelah melihat abangnya sudah tidak bernyawa manakala rakan serumahnya yang cedera sudah dibawa ke Hospital Seberang Jaya.