Posted by : Anas Nazri Wednesday, October 16, 2013

Lembu Korban Terkorban Selepas Terjun Parit

Kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim dekat sini gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri di sini semalam.
Malah, dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lembu tersebut yang terlepas daripada ikatan juga bertindak agresif apabila mengejar beberapa penduduk yang berada di situ.
Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ.
Salah seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd. Safri, 30, berkata, lembu korban itu tanpa disedari terlepas daripada ikatan ketika menanti giliran untuk disembelih.
Ceritanya, kejadian itu menyebabkan orang ramai yang menunggu giliran untuk mengambil daging korban bertempiaran lari menyelamatkan diri

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -