Posted by : Unknown Tuesday, October 15, 2013


Samseng

Klang – Sekumpulan lelaki didapati cuba menunjuk samseng di khalayak ramai apabila bertindak mengepung dan cuba memukul seorang daripada empat anggota polis bermotosikal yang sedang melakukan rondaan di Taman Desawan, dekat sini kira-kira jam 3 pagi semalam.
Apa yang mengecewakan, kumpulan lelaki berkenaan yang sepatutnya membantu anggota beruniform terbabit selepas mangsa cedera akibat terbabit dalam kemalangan, bertindak sebaliknya apabila seorang daripada mereka sanggup menyerang anggota polis itu selepas dua daripada mereka terbabit dalam nahas.
Kejadian bermula selepas empat anggota polis yang masing-masing menaiki motosikal melakukan rondaan di situ sebelum mereka didatangi seorang lelaki bermotosikal yang tidak memakai topi keledar menunggang sambil melawan arus di jalan Banting-Klang berhampiran kawasan perumahan itu.
Sumber memberitahu, dua anggota dari unit Rondaan Cegah Jenayah Balai Polis Klang yang berada di bahagian hadapan sempat mengelak, namun dua lagi anggota yang berada di belakang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka dirempuh dan terjatuh selain mengalami kecederaan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -