Posted by : Unknown Sunday, October 13, 2013

MotoGP: Zulfahmi Tak Peduli Sakit Pinggang

Walaupun mengalami kecederaan bengkak pada bahagian pinggang, namun semangat juang yang kental dalam diri pelumba MotoGP negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, 21, membuatkan dia tidak mengendahkan kesakitan yang dialaminya itu.
Pelumba muda itu baru sahaja pulih daripada keretakan kecil pergelangan tangan yang menghantui kecergasannya sebelum ini.
“Sebenarnya, pinggang saya membengkak selepas kemalangan di Barcelona minggu lalu dan doktor telah keluarkan sedikit darah tapi kesan kesakitan masih lagi dirasai,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.
Walaupun begitu, Zulfahmi optimis mampu beraksi esok sambil berharap kesakitan di pinggangnya tidak berpanjangan.
Menurutnya, dia sudah bersedia 70 peratus untuk perlumbaan esok dan disebabkan masalah kesakitan pinggangnya itu memerlukan masa yang agak lama untuk pulih, jadi suntikan penahan sakit terpaksa digunakan.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -