- Back to Home »
- artis , neelofa »
- Neelofa Bakal Bersara Daripada Dunia Hiburan Pada Usia 30 Tahun
Posted by : Unknown
Friday, October 25, 2013
Neelofa adalah salah seorang selebriti tempatan yang mempunyai cita-cita dan hala tuju di dalam kehidupannya. Walaupun masih muda, Neelofa sudah pun mempunyai produk kecantikannya sendiri iaitu Bellavita. Ini semua adalah persiapan untuk dirinya bersara daripada dunia hiburan apabila usia Neelofa mencecah 30 tahun.
Kini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepadaMstar Online:-
Kini berusia 24 tahun, Neelofa percaya dalam tempoh 5 tahun lagi bakatnya tidak lagi akan diperlukan kerana sudah ada bakat-bakat baru ketika itu. Kata Neelofa kepadaMstar Online:-
Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun.Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan
Bagus perancangan yang ada di dalam tangan Neelofa itu. Dunia lakonan sememangnya tidak mampu bertahan sampai bila-bila. Masa muda inilah pulun betul-betul sambil merancang perniagaan untuk masa depan. Dah tak popular nanti sekurang-kurangnya sudah ada backup plan. Tak adalah baru terkejar-kejar nak meniaga. Semoga perancangan Neelofa menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kita tunggu sama-sama 5 tahun lagi.