Posted by : Unknown Wednesday, October 16, 2013

Penipuan Terbesar Sejarah Sukan Paralimpik Dunia
Penipuan Terbesar Sejarah Sukan Paralimpik Dunia
Penipuan Terbesar Sejarah Sukan Paralimpik Dunia

Bekas pengurus pasukan bola keranjang Sepanyol, Fernando Martin Vicente diapati bersalah atas tuduhan menipu, 13 tahun lalu dalam kes yang menggemparkan industri sukan dunia.
Vicente yang juga bekas ketua Persekutuan Sukan Golongan Kurang Upaya Sepanyol didakwa menipu dengan mengambil atlet normal untuk menyamar sebagai kurang upaya bagi memenangi pingat emas dalam sukan Paralimpik di Sydney.
Susulan itu mahkamah mendenda Vicente sebanyak 5,400 euro dan mengarahkan dia memulangkan semula wang subsidi kerajaan untuk golongan kurang upaya sebanyak 142,355 euro.
Skandal berkenaan terbongkar pada bulan November 2000 apabila salah seorang daripada anggota pasukan yang memenangi pingat emas di Sydney, Carlos Ribagorda, mendedahkan bahawa dia dan ahli pasukan yang lain diminta beraksi untuk sukan paralimpik bagi kategori padang, pingpong dan renang.
Padahal mereka adalah normal dan tidak mengalami masalah mental.
“Daripada 200 atlet Sepanyol yang menyertai sukan itu di Sydney, sekurang-kurangnya 15 daripada mereka tidak mengalami masalah mental dan tidak melaluui pemeriksaan perubatan serta psikologi,’’ katanya ketika menulis dalam majalah Capital, beberapa hari selepas sukan berkenaan berakhir.
Ribargorda berkata, dia telah bermain untuk pasukan bola keranjang paralimpik Sepanyol selama dua tahun meskipun tidak mengalami kecacatan mental.
Jelasnya, satu-satunya ujian yang dilaluinya ialah latihan pada sesi pertama iaitu melalui enam kali tekan tubi dan mengambil darah untuk pemeriksaan tekanan darah.
Hanya dua anggota pasukan yang memenuhi syarat iaitu IQ di bawah 70, namun anggota yang lain diberikan sijil perubatan palsu.
“Ada waktunya ketika kami berjaya mengatasi China, jurulatih meminta kami supaya memperlahan permainan, bimbang penipuan itu akan terbongkar,’’ katanya

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -