Posted by : Unknown Saturday, October 12, 2013

rosyam nor ramli sarip ong kim swee bakal bergelar datuk

Rosyam Nor, Ramli Sarip, Ong Kim Swee Bakal Bergelar Datuk?


KL,11 OKT 2013: Papa Rock Negara, Ramli Sarip dikhabarkan bakal bertukar status dengan gelaran Datuk mulai pertengahan Oktober ini.

Selain bekas vokalis Sweet Charity ini, pelakon filem Lenjan iaitu Rosyam Nor juga dikhabarkan turut sama dianugerahkan gelaran berkenaan.

Difahamkan, gelaran tersebut diperoleh sebaik saja mereka berdua bakal menerima darjah kebesaran negeri Melaka sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 24 Oktober ini.

Murai Batu mendapat tahu, Rosyamatau nama sebenarnya Mohd. Noor Shamsuddin,46, dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka. Turut sama mendapat anugerah ini adalah jurulatih pasukan Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

Untuk Ramli Sarip pula, anugerah yang diterima adalah DMSM Kehormat. Ketiga-tiga individu ini merupakan antara 901 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka yang akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Ahad ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -