Posted by : Anas Nazri Wednesday, October 16, 2013




Rokok sememangnya sangat popular bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Namun sepertimana yang kita sedia maklum, rokok ini mendatangkan banyak keburukan kepada kita. Oleh itu, kita sewajarnya mengambil tindakan untuk berhenti merokok demi menjaga kesihatan dan kehidupan pada masa depan kita. Disini aku share beberapa tips untuk berhenti merokok.

1. Determination kena kuat.

Huh, memang banyak dugaan. Kena tahan. Cuba buang perasaan "nak try" tak kisah la satu pam ke satu batang ke. Sebab, sekali dah try selalunya akan mula ketagih. Jangan mudah terpengaruh bila kawan-kawan ajak. Yang mana budak-budak lagi tu elak berkawan dengan manusia-manusia yang merokok. Tak kisah la kawan sebaya pun. Takat tegur-tegur biasa takpa, tapi jangan join sekali apa aktiviti diorang sudah.

2. Mind set dari awal.

Apa yang aku maksudkan kat sini senang. Mind set siap-siap pasal rokok ni dalam otak. Tanam bad perception pasal rokok ni dalam kepala. Contoh macam monolog ni,

"kalau aku merokok macam aku buat jenayah"
"kalau aku merokok dosa besar masuk neraka"
"kalau aku merokok nanti aku mati pucuk"

Apa-apa alasan atau bad perception yang korang fikir sesuai. Yang pasti korang punya mind set akan buatkan korang tak sentuh langsung apa saja jenis rokok.

3. Fikir pasal kesihatan.

Semua orang tahu yang rokok ni sangat bahaya. Macam-macam jenis racun dalam asap rokok tu. Takkan nak mati cepat sebab rokok. Memang la ajal maut di tangan Tuhan. Tapi kena ingat, setiap sedutan mengurangkan denyutan. Nanti jantung rosak paru-paru rosak kan susah. Jadi mana-mana yang masih belum merokok dan ada intention untuk merokok tu tengok gambar kat bawah ni selalu supaya sentiasa ingat dalam kepala. Fikir-fikirkan balik risiko rokok pada kesihatan.
Kalau perokok tegar dah tak peduli benda-benda macam ni. Even ada gambar bayi tak cukup bulan, gambar kaki dan gusi yang dah rosak pun diorang buat bodoh. Macam tengok gambar patung je.

4. Cari alternatif lain untuk hilangkan stress.

Ramai orang cakap rokok ni hilangkan stress. Jadi mula terjebak sebab nak hilangkan tension. Apa kau pendek akal tak boleh fikir banyak lagi cara nak hilangkan stress. Kalau aku sendiri stress aku akan buat benda-benda yang aku suka. Dengar lagu, baca novel, tengok movie. Ada jugak orang release tension pergi shopping, main bowling, tengok wayang, main bola. Buatlah apa saja perkara yang berfaedah untuk release tension asalkan bukan dengan merokok.

5. Guna cara lain nak tunjuk macho.

Biasanya ramai yang terjebak dengan rokok ni masa sekolah. Tak kira lah sekolah rendah atau menengah. Konon nak tunjuk macho. Actually, banyak lagi cara nak tunjuk macho atau gentle. Siapa yang masih belum merokok dan punya intention kena sedar pasal benda ni. Orang cakap seorang lelaki tu nampak macho nampak gentle bila cukup agama, cukup sikap tanggungjawab, cukup pelajaran. Selain tu berpakaian smart, bersih, wangi lagi. Kalau merokok mulut busuk gigi kuning bibir hitam macam negro badan tengik nampak macho ke? Jadi lebih baik elak jadi perokok.

6. Sedar yang merokok bukan simbol kelakian.

Aku selalu dengar orang kaitkan rokok dengan kejantanan. Aku faham ada ramai kat luar sana yang tak merokok lagi. Tapi ada saja yang mulut-mulut longkang yang provok persoalkan kejantanan lelaki yang tak merokok. Oh jangan terpengaruh, terasa atau kecik hati. Yang bersih dari rokok ni kalau orang buat mulut longkang kat korang, korang pun buat la mulut longkang kat diorang. Contoh kalau ayat diorang macam ni,

"ko memang tak jantan kalo tak merokok"
"ko memang dayus bajet baik bila tak merokok"
"bukan lelaki la kalo tak merokok"

Bila dah dengar ayat-ayat macam tu jangan berdiam diri. Menikus. Jawab balik.

"kesian kau sangat malang sebab kelakian kau diukur dengan sebatang rokok"
"bila kau merokok mati pucuk tu habis jantan la"
"kau memang lelaki sangat bila gigi kau macam belang kuning jalan raya mulut kau bau sampah"

Jadi, korang boleh guna ayat-ayat macam ni jadi orang tak boleh nak provok korang dan korang pun tak tension. So, boleh elak dari jadi perokok dan boleh kekal bebas dari rokok.

7. Ingat yang rokok sangat mahal.

Makin hari harga rokok makin mahal. Daripada jadi perokok habiskan duit beli benda tu baik duit tu simpan. Beli handphone baru ke, sambung belajar ke, beli topup ke, pergi Mekah pun boleh. Fikir masa depan. Baguslah kalau sekarang tak merokok lagi. Kalau dah merokok nanti besar bila dah berkeluarga kan bajet lari. Silap-silap nak kahwin pun tak cukup duit. Sebab tu penting elak diri jadi perokok. Patut sedar dari awal, kalau nak merokok je ingat yang rokok tu sangat mahal.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -