Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013



Dihoskan oleh Razif Hashim dan Natalie Kniese, jom kita semak 12 perkara menarik yang berlangsung di Shout! Awards 2013.

1. Shout! Awards 2013 dibuka oleh persembahan daripada Paladin, Daniel V, Vince Chong dan Mr. Fluff yang menggegarkan Stadium Putra Bukit Jalil! Ditambah dengan penataan lampu laser yang meriah, persembahan pembukaan memberikan mood ‘party’ kepada semua penonton.

2. Gimik letupan yang berlaku sebanyak dua kali semasa persembahan Joe Flizzow menyanyikan lagu ‘Havoc’ memang mengejutkan penonton! Namun begitu, persembahan Joe benar-benar menggamatkan stadium kerana lagu tersebut kini sedang hangat diputarkan di corong-corong radio tempatan.

3. Secara keseluruhan, penataan set dan pentas bagi Shout! Awards 2013 ini adalah sangat menarik dan lain daripada yang lain. Penataan lampu LED yang dipaparkan sangat realistik dan kena dengan mood ‘cyber eco’ yang merupakan tema bagi Shout! Awards tahun ini.

4. Penonton bagai menyaksikan persembahan bertaraf Hollywood apabila Reshmonu tampil dengan sungguh bertenaga dengan nyanyian, tarian dan gimik yang tersendiri iaitu turun dari bahagian atas bumbung stadium!

5. Bunkface mengungguli anugerah Rockstar Award untuk kali keempat dan Bunkface mula memenangi anugerah ini semenjak edisi pertama Shout! Awards disiarkan.

6.  Ucapan Zizan Razak menggunakan ‘broken English’ semasa menerima anugerah Best On-Screen Chemistry Award yang dimenanginya bersama Johan menerusi program ‘Gelanggang Raja Lawak 7′ membuatkan penonton gamat dengan hilai tawa.

7. Juara Versus Musim 2, Manifesto menaikkan semangat patriotik barisan penonton dengan persembahan mereka yang membangkitkan adrenalin dan jiwa kenegaraan!

8. Kebanyakan pemenang tidak dapat menghadirkan diri ke Shout! Awards 2013. Antaranya ialah Nur Fazura, Aaron Aziz, Matluthfi, Johan dan Stacy.

9. Untuk edisi kali ini, buat pertama kalinya, seorang Menteri memenangi anugerah Shout! Awards! Tahniah diucapkan kepada Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kerana memenangi anugerah Wired Celebrity Award!

10. Seperti tahun-tahun yang sudah, pemenang The Ultimate Shout! Awards tahun lalu akan memberikan anugerah untuk pemenang tahun ini. KRU yang menang tahun lalu tampil memberikan anugerah kepada pemenang tahun ini, Joe Flizzow.

11. Persembahan penutup oleh artis antabangsa, Shane Filan yang merupakan bekas anggota kumpulan Westlife membuatkan penonton menjerit tanpa henti.

12. Tahniah diucapkan kepada tenaga produksi dan 8TV dalam usaha mereka menganjurkan Shout! Awards 2013! Sesungguhnya anugerah yang mengiktiraf barisan selebriti ini melalui undian peminat ini merupakan satu anugerah yang memberi kelainan berbanding acara anugerah lain di Malaysia. – Gua

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -