Posted by : Unknown Sunday, November 10, 2013


Pelakon Ana Dahlia yang juga merupakan bekas menantu kepada Chef Wan dikatakan telah diugut oleh seorang pembuli jalanan, minggu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila Ana mahu mengundurkan keretanya selepas kad Touch ‘n Go miliknya tidak boleh digunakan.

Namun belum sempat dia berbuat demikian, terdapat sebuah kereta meluru laju dan terus merempuh belakang kereta Ana.

Pemandu lelaki itu kemudiannya bertindak agresif selepas berlaku insiden tersebut dan atas faktor keselamatan pelakon wanita itu tidak keluar daripada keretanya.

Sebaliknya Ana menyarankan mereka pergi ke balai polis berhampiran untuk membincangkan hal itu.

Menurut laporan Metro Ahad, walaupun berkali-kali Ana meminta maaf kepada lelaki tersebut, namun si pembuli jalanan itu terus-terusan berkasar dan mengeluarkan kata-kata ugutan kepada aktres tersebut.

Hai, macam itu punya orang pun ada ke?

Nasiblah Ana ini bertindak bijak dengan segera ke balai, kalau tak, tak tahu untung nasibnya apabila berdepan dengan orang sebegitu.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -