Posted by : Anas Nazri Saturday, November 9, 2013

puas tidur kebaikan tidur awal














Tidur lebih mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?

Lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa-apa aktiviti anda dengan lebih produktif.


Jantung yang lebih sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.

Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Kerapkali, menurut Gromer, para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.

Boleh sukan lebih baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan meningkat. Kalau sudah begini, anda tak perlu lagi personal trainer untuk mencapai tujuan latihan anda kan?

Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.Dengan tidur lebih awal anda akan membebaskan diri dari kitaran kopi yang tak menyenangkan ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -