Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa pemain terkenal Bacelona, Neymar, telah membuat kejutan dengan mengunjungi rumah salah seorang peminatnya di Ampang ketika berkunjung ke Malaysia kira-kira tiga bulan lalu.
Muhammad Syafiq Salmi menerima lawatan mengejut  Neymar, pada hari Hari Raya kedua.
Ini semua adalah sebahagian daripada pelan terperinci untuk memberi kejutan kepada Syafiq, 15, yang dianggap sebagai salah seorang pemain junior dan bakal menjadi pemain bola sepak Malaysia.
Pelajar Victoria Institution (VI) ini telah lama menjadi peminat Neymar, pemain berusia 21 tahun ini, bahkan sejak zaman beliau bersama FC Santos.

“Saya berada di dalam bilik sambil berfikir-fikir apabila saya melihat tiga buah van. Tidak sekali-kali dalam impian saya terfikir ia adalah Neymar!” kata Syafiq.
“Dia datang dan berkata, ‘Di mana Syafiq?’ Saya sungguh terkejut. Saya rebah! Saya telah melihat beliau di TV dan kini, di sini Neymar berada di rumah saya! Ia sukar dipercayai! Ini merupakan raya terbaik yang pernah saya sambut.”

“Kemudian dia memberitahu saya, ‘Lihatlah saya, saya tidak begitu besar, tetapi saya tidak takut untuk bermain permainan saya sendiri, gaya saya sendiri’. Dia juga memberitahu saya untuk berusaha keras untuk merealisasikan impian saya untuk mewakili Malaysia. “





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -