Posted by : Anas Nazri Monday, November 25, 2013

Beberapa status yang dimuatnaik pengguna Facebook mengenai cuti mingguan negeri Johor Darul Takzim yang ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu telah tersebar di aplikasi whatsapp dan laman sosial yang lain.

Ada Rakyat Johor Yang Tak Puas Hati Cuti Jumaat? | Beberapa status yang dimuatnaik pengguna Facebook mengenai cuti mingguan negeri Johor Darul Takzim yang ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu telah tersebar di aplikasi whatsapp dan laman sosial yang lain.

Bukanlah status tersebut yang menjadi pertikaian. Namun komen yang diberikan oleh beberapa pengguna Facebook yang bukan beragama Islam ini menimbulkan rasa kurang senang ramai orang kerana dianggap menghina keputusan Sultan Johor.

Menerusi komen mereka di Facebook, mereka menganggap keputusan Sultan menitahkan cuti Johor ditukar Sabtu dan Ahad adalah keputusan yang sangat bodoh dan tidak demokrasi!

Bagaimanapun, status dan komen mereka itu telah dipadam setelah menyedari perkara tersebut tersebar secara meluas.

Sebenarnya ada ramai lagi yang tidak berpuas hati tetapi tidak melakukan perkara bodoh mempertikaikan secara terang-terangan di Facebook. Bahkan mungkin juga dikalangan mereka tersebut beragama Islam seperti status dibawah. Jadi tak perlulah kita nak marah-marahkan sangat pada mereka yang bukan muslim nih....


Bagi admin, tak perlu cari pelbagai alasan untuk menegakan benang mereka yang dah kendur tu. Sultan Johor DT telah melaksanakan amanah beliau sebagai pemerintah. Satu bab telah selesai.....kini terpulang sendiri kepada rakyatnya.....

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -