Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013



Pelantun lagu 'Kalau Aku Kaya' Awi Rafael dan Altimet menganggap lagu yang menjadi siulan ramai itu mempunyai nilai positif serta mempunyai definisi yang berbeza mengikut pemahaman masing-masing.

Bagi Altimet, lagu tersebut memberi erti kebebasan dan pengalaman hidup yang banyak memberi erti kehidupan. Altimet sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan bahawa lagu tersebut seperti memerli kerajaan kerana 'Kalau Aku Kaya' dihasilkan sebelum Bajet 2014 dibentangkan pada 25 Oktober lalu.

“Lagu ini ditulis sebelum Bajet 2014 dibentangkan dan secara kebetulan rangkap kedua bagi lagu ini menyebut mengenai manusia yang riak dan subsidi gula. Mungkin dalam masa yang sama lagu ini popular ketika orang sedang sibuk membincangkan tentang kenaikan harga gula,” ujar Altimet ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video lagu itu di Kelab Petroleum Malaysia, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurutnya lagi, 'Kalau Aku Kaya' berjaya dihasilkan setelah dia berjaya menemubual hampir 40 orang individu yang sudi berkongsi impian mereka seandainya mempunyai sejumlah wang yang banyak.

Sementara itu, Bagi Awi Rafael pula, dia begitu berbangga kerana 'Kalau Aku Kaya' berjaya menjadi siulan ramai dan kebanyakkan di kalangan kanak-kanak. Awi juga berbangga kerana ini merupakan kolaborasi pertamanya dengan rakan artis dan mampu menyuntik elemen positif menerusi bait-bait lagu tersebut.

“Saya bersyukur kerana dipilih untuk menyanyi bersama Altimet kerana karya-karyanya memang bagus. Lagu ini menyuntik elemen positif di mana ia cuba memberi mesej bahawa sesuatu benda atau barang itu tidak semestinya paling mahal, tetapi nilai sesuatu barang itu yang memainkan peranan penting,” ujar Awi.

Awi juga berkongsi 'Kalau Aku Kaya' menerapkan nilai positif yang bukan wang dan duit yang perlu dikejar, sebaliknya pengalaman yang perlu diutamakan. Awi merancang untuk meneruskan kolaborasinya bersama Altimet pada masa akan datang.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -