Posted by : Unknown Thursday, November 7, 2013



Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah mendedahkan dia akan menunda majlis perkahwinannya bersama wanita yang dikenali sebagai Ana. Jika mengikut perancangan awal, majlis perkahwinannya dengan wanita yang berasal dari Pantai Timur itu sepatutnya diadakan pada bulan Disember ini.

“Saya terpaksa tangguhkan perkahwinan ini. Saya sasarkan akan berkahwin pada bulan Disember, namun begitu saya menundanya ke awal tahun hadapan. Saya menunda perkahwinan ini bukanlah atas sebab kewangan atau pun sebab lain, tapi saya menundanya kerana bapa Ana kurang sihat dan kerana faktor cuaca yang kurang baik di Pantai Timur pada bulan Disember,” jelas Roslan memulakan temubual.

“Harapan saya adalah agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal isteri. Ana merupakan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Saya terima statusnya sebagai ibu tunggal secara terbuka dan dia juga menerima saya seadanya,” ujar Roslan ketika ditemui di jelajah promosi filem ‘Paku’ baru-baru ini.

Dalam pada itu, Roslan yang sebelum ini selalu terpalit dengan isu hangat dan kontroversi mahu masyarakat mengenalinya menerusi kerja seni yang dilakukan olehnya.

“Sebagai seorang penghibur, dahulu saya dikenali dengan pelbagai kontroversi. Namun begitu, kini nama saya tidak lagi dikaitkan dengan sebarang isu. Apa yang saya mahu lakukan sekarang adalah saya ingin fokus kepada kerjaya saya. Saya mahu orang melihat saya menerusi bakat, bukannya menerusi isu hangat ataupun kontroversi,” cerita Roslan lagi.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Roslan kini menjadi pengacara bagi program bual bicara yang berjudul ‘Diva De Vida’. Rancangan bual bicara berteraskan kecantikan dan wanita tersebut ditaja oleh Vida Beauty. Menampilkan selebriti tempatan terkemuka seperti Anzalna Nasir, Tasha Shilla, Didie Alias dan Sharifah Sakinah dalam setiap episod, program ini bersiaran setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Prima.

Selain itu, Roslan juga bakal tampil menerusi telefilem terbaru yang berjudul ‘Si Wayar Putus’ di samping Sharifah Sakinah, Hairi Safwan dan Kazar Saisi. Telefilem tersebut diterbitkan oleh AFS Pictures dan bakal bersiaran di TV9 kelak.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -