Posted by : Anas Nazri Saturday, November 2, 2013



Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
Begitulah perumpamaan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan penglibatan anak sulung David Beckham yang dikatakan mula menjadi rebutan kelab bola sepak Manchester United (MU).
Brooklyn Beckham, 14, yang sebelum ini menjalani latihan bersama kelab Chelsea dan QPR dilihat menjalani ujian dengan MU sebelum dikatakan bakal menandatangani kontrak dengan kelab popular itu pada tahun hadapan.
Brooklyn dikatakan sangat berminat untuk mengikuti jejak langkah bapanya yang begitu handal di padang dan bercita-cita menjadi sehebat bapanya kelak.
Pihak pengurusan bakat muda MU juga dilihat sangat mengagumi bakat serta kepakaran yang dimiliki Brooklyn dalam sukan itu.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -