Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013


Walaupun sudah membintangi banyak drama namun nama Zara Zya masih belum dikenali ramai sehinggalah muncul naskhah Love You Mr Arrogant (LYMA) yang menggandingkannya dengan pelakon Azlee Khairi.
Wataknya sebagai Zaara Amirah menerusi LYMA ternyata berjaya menarik banyak peminat baru berikutan terkesan dengan watak yang dijayakannya itu.
Namun seperti biasa, apabila nama mula meniti populariti, sedikit sebanyak pasti tercalit gosip buat mereka.
Nama Zara juga tidak terkecuali apabila ramai pihak mengatakan dia menggunakan pengaruh ‘orang dalam’ untuk mendapatkan watak heroin LYMA.
Ketika mengulas mengenai perkara itu kepada portal Gua, Zara berkata, “ada mulut-mulut jahat yang berkata saya dapatkan watak heroin LYMA dengan menggunakan orang dalam ataupun kabel kerana sebelum ini saya kurang dikenali. Tapi dengan penerimaan yang sangat menggalakkan terhadap drama tersebut, saya dapat buktikan bahawa tanggapan itu sebenarnya salah”.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 28, ini juga bertegas mahu peminat mengenalinya di atas bakat lakonan dan bukannya gosip-gosip yang melanda dirinya.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -