Posted by : Unknown Wednesday, November 6, 2013

Hari, selebriti Korea yang terkenal dengan gaya Gwiyomi, menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya.

Hari Sifatkan Gwiyomi Nora Danish Antara Yang Terbaik

Menurut Hari, 23, dia berharap dapat melakukan gaya gwiyomi bersama Nora jika diberi kesempatan dan peluang bertemu pelakon tersebut.

"Saya suka parodi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish dan dia sangat comel.

"Kalau diberi peluang berjumpa dia, saya mahu melakukan gaya gwiyomi bersama-sama dengannya," katanya ketika ditemui pada sidang media ramah mesra bersama Hari, di Restoran Kulcat, Taman Tun Dr Ismail, di sini, Isnin.

Tambahnya, dia terharu apabila gaya Gwiyomi yang diperkenalkan mendapat perhatian ramai dan diminati oleh masyarakat negara ini.

"Saya tidak sangka ianya menjadi fenomena di negara ini dan ramai yang meniru gaya tersebut termasuk beberapa selebriti terkenal," ujarnya.

Hari Sifatkan Gwiyomi Nora Danish Antara Yang Terbaik

Kata Hari, dia bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal G Dragon untuk single terbaharunya.

Hari berada di Malaysia dalam rangka bertemu dan ramah mesra bersama peminat-peminatnya di beberapa negara Asia.

Dia bakal berada di Sungai Wang, Bukit Bintang pada Selasa, pukul 6 petang bagi bertemu peminat.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -