Posted by : Unknown Friday, November 29, 2013

Bahana Banyak Sangat Terima Penajaan – Syarat Ketat Perkahwinan Zain Dan Che Ta
DITAJA lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan sepenuhnya untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.
Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu, memetik laporan Berita Harian.
Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.
Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari pihak penganjur selepas majlis.
Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.
Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.
Fuh, memang ketat syaratnya ya! Kami pun tak tahu hendak cakap apa. Mungkin ayat paling mudah, tiada apa yang boleh diperolehi secara mudah dan percuma di dunia ini. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -