Posted by : Anas Nazri Friday, November 29, 2013

Apabila sesuatu majlis pernikahan itu mencecah nilai tajaan jutaan ringgit dengan konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah....

4 Syarat Ketat Majlis Nikah Rozita Che Wan & Zain Saidin

Ia telah menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu.

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir.

Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. x payah ambil tau... besar sgt ka pangkat darjat seseorg manusia... x kebuluq aih nak tau pasal hampa dua.. kahwin la gt.. last2 cerai.. dunia artis fhm sgt dah

    ReplyDelete
  2. KALAH ANAK SULTAN

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -