Posted by : Unknown Sunday, November 3, 2013



SHANGHAI Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.
Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.
Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.
“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.
Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.
Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. – Agensi

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -