Posted by : Anas Nazri Friday, December 6, 2013

Baik Cha Cha Maembong mahupun Iqwal Hafiz masing-masing menafikan yang mereka kini sedang bercinta sebaliknya memberi jawapan selamat iaitu ‘masih mengenali’ hati budi masing masing.

iqwal Hafiz & Cha Cha Maembong
Bagaimanapun perasaan cinta itu tidak dapat disembunyikan apabila dilihat semakin menunjukkan kemesraan mereka secara terbuka kepada khayalak ramai. Hal ini pun diakui oleh Ibu kepada Iqwal iaitu Myn Khairuddin yang mesra di sapa sebagai Kak Myn. Jelas Kak Myn yang kami temui baru baru ini mengakui antara anaknya (Iqwal) dan juga Cha Cha kini memang bercinta.
“Pada saya apa yang saya nampak Cha Cha dengan Iqwal ni memang bercinta tapi yela budak budak remaja, kalau ada jodoh adalah kalau ditakdirkan bukan jodoh diorang berdua nak buat macam mana.”

iqwal Hafiz & Cha Cha Maembong
“Sebagai Mak bila dia nak bercinta tu takkan kita nak halang pula, kita pun dulu pernah bercinta juga, asalkan diorang tahu menjaga tatasusila dan adab orang Melayu tak jadi masalah. Ye la kadang-kadang budak bercinta nak pegang tangan kita pun faham tapi jangan nampak lebih-lebih sangat sudah la. Itu je pesan saya.”
Ada juga laporan mengatakan yang Cha Cha menafikan dirinya sedang bercinta dengan penyanyi yang sudah memiliki 4 album ini. Mengulas hal tersebut Kak Myn nyata berlapang dada dengan kenyataan Cha Cha itu kerana menganggap semuanya bersebab.
“Tentang Cha Cha tak mengaku dia sedang bercinta tu mungkin ada sebabnya. Mungkin juga pihak pengurusan yang dia bernaung sekarang iaitu Wire Fame Ent milik Zizan Razak tidak membenarkan dia untuk menghebahkan hal yang sebenar”

iqwal Hafiz & Cha Cha Maembong
“Kalau Cha Cha menafikan tentang hubungan dia dengan Iqwal saya fahamlah sebab macam yang saya cakapkan tadi mungkin sebab pihak pengurusan dia tidak mengalakkan untuk hebahkan hal – hal hubungan cinta ini. Saya pun tak pasti atas alasan apa pihak pengurusanya berbuat demikian tapi bagi saya, saya tak peduli samaada diorang mengaku mahupun tidak sebab akhirnya yang tentukan jodoh ni tuhan.”
Jelas Kak Myn lagi Cha Cha adalah cinta gadis melayu yang pertama bagi Iqwal dimana sebelum ini dia pernah bercinta dengan gadis dari UK dan juga Korea.
“Cha Cha dari apa yang saya tengok dia ok dan boleh serasi dengan keluarga kita, lagipun bila dia tak ada apa-apa show dia selalu habiskan masa dengan kami. Dari segi masalah tu biasalah budak-budak kalau ada benda yang saya rasa tak betul saya tegur dan Alhamdullilah dia boleh terima teguran.”

iqwal Hafiz & Cha Cha Maembong
“Saya tahu mereka mula bercinta sejak hari pertama lagi diorang berkenalan. Sebenarnya diorang mula jumpa masa hari Raya ke dua tahun ini. Kenal pun sebab kawan-kawan yang tolong kenalkan. lepas dia jumpa malam tu macam macam la dia cerita dekat saya pasal Cha Cha ni dan sejak tu sampai sekarang diorang selalu berjumpa.”
Ujar Kak Myn yang ramah melayan persoalan kami lagi sebagai seorang ibu dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya mahupun Cha Cha baik dari hubungan cinta mahupun kerjaya masing masing apatahagi kedua-duanya masih muda dan masih jauh untuk menempuh perjalanan sebagai seorang artis.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -