Posted by : Unknown Saturday, November 9, 2013



Takziah diucapkan kepada pelawak, Lan Pet Pet atas kehilangan bapanya, Ahmad Mahmood, 87, petang semalam.
Allahyarham yang merupakan pesara Telekom Malaysia Berhad meninggal dunia kerana sakit tua.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Asma Abdullah, 86, dan sembilan orang anak serta 36 cucu.
Kesemua anak allahyarham bagaimanapun sempat berkumpul dan bersembang dengan arwah sebelum kematiannya.
Ketika sakit, allahyarham pernah dikunjungi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Derga, Langgar, pagi tadi.
Lan yang kelihatan sugul dan berkopiah putih turut terlibat dengan majlis pengebumian bapanya. Al-fatihah. – REM RAMZI

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -