Posted by : Anas Nazri Thursday, November 28, 2013

Bekas Pemandu Zahida Rafik Fail Saman
KUALA LUMPUR : Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.
Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk ‘Zahida Rafik Terkedu.’
Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.
Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain. – BERNAMA

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -