Posted by : Anas Nazri Wednesday, November 13, 2013



Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber dikatakan mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga memaksanya meninggalkan konsert jelajah yang sedang berlangsung pada ketika itu di Buenos Aires, Argentina.

Tindakannya yang meninggalkan persembahannya itu mendapat kutukan dan kecaman daripada peminat yang melaungkan ‘booo’ di atas perbuatan penyanyi lagu Baby itu, semalam.

Pihak pengurusan konsert Bieber juga dilaporkan tidak membuat sebarang penggumuman mengenai perkara tersebut dan mencetuskan kemarahan peminat yang sudah membayar sebanyak USD320 (RM1,025) untuk melihat aksi Bieber di negara mereka.

Bieber walau bagaimanapun sempat berkata kepada peminatnya, “saya rasa tidak sihat dan kekurangan tenaga (untuk meneruskan persembahan)”.

Sejurus berkata demikian, Bieber terus memohon maaf serta melayangkan ciuman dan terus berjalan keluar pentas dengan kepalanya ditundukkan sepanjang masa.
Oleh AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -