Posted by : Unknown Wednesday, December 4, 2013

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan Nana Mahazan dan Raqeem Brian kerana telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang sangat comel seberat 2.83 kilogram semalam.

Nana Mahazan Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Bayi lelaki pasangan ini telah diberi nama Aaqib Raqeem Brian selamat dilahirkan melalui kaedah bersalin secara normal pada jam 2.24 petang di lokasi yang tidak dinyatakan.

Berita gembira ini turut dikongsikan oleh penyanyi tersebut melalui laman Instagramnya, dimana Nana dilihat telah memuatnaik sekeping foto cahayamatanya untuk tatapan peminat.
Alhamdulillah.. Terima kasih atas doa korang semua, saya dah selamat bersalin tadi jam 2.24 petang. Please welcome Aaqib Raqeem Brian. Kecik je.. Senang keluar.. Hehehe.. 2.83kg.. Saya happy, MRB happy, Althea mcm happy, Aaqib, dia happy lah tu kan..
Selain teruja, Nana juga sempat meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak keduanya dan berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

Gambar Bayi Nana Mahazan

Dalam pada itu, para pengikut akaun Instagram Nana tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah diatas kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka.

Sebagai tambahan, hasil perkahwinannya bersama Raqeem Brian, Nana telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Althea sebelum ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -