Posted by : Unknown Friday, November 1, 2013

Bunuh Ibu Sendiri, Sorok Mayat Dalam Beg
SAO PAULO : Anak durhaka akhirnya tertangkap jua. Tidak sampai dua jam selepas membunuh ibu kandungnya, Carlos Macchione de Sampaio berjaya ditangkap polis.
Lelaki berusia 39 tahun itu, telah memasukkan mayat ibunya dalam sebuah beg dan menyeret beg berkenaan menuruni tangga, sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Ia bagi membolehkan lori memungut sampah mengutip beg berkenaan.
Malangnya, perbuatan Carlos itu berjaya dirakamkan dalam CCTV dan dia ditangkap selepas seorang lelaki gelandangan menemui mayat ibunya di tepi jalan.
Ketika polis mengetuk pintu rumahnya, Carlos berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku dan menipu dengan menyatakan bahawa dia sedang tidur.
Menurut polis, Carlos berada dalam keadaan normal dan tidak ada tanda-tanda bahawa dia berdepan dengan pengaruh alkohol dan dadah.
Mangsa adalah seorang pesara guru, Claudia Macchione, 74, dan disifatkan sebagai seorang wanita yang bersopan santun.
Sementara Carlos pula bekerja sebagai jurubahasa Inggeris yang menetap bersama ibunya sejak beberapa tahun lalu.
Carlos mengalami masalah psikologi dan terkenal dengan sifat panas baran apabila mabuk. – MyNewsHub

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -