Posted by : Unknown Saturday, November 30, 2013


Cinta Tasha Shilla Bertukar Dari Pemain Bola Sepak Ke Peninju Bertatu?
KL : Sebelum ini, Murai Batu pernah dikejutkan dengan berita percintaan yang melibatkan pelakon cantik, Tasha Shilla dengan pemain bola sepak kebangsaan yang bernama Mahali Jasuli.
Malah, hubungan mereka siap mendapat liputan meluas di akhbar walaupun masing-masing tidak meletakkan hubungan tersebut sebagai satu hubungan percintaan.
Selepas diam seketika, Murai Batu didatangi pula dengan kisah cinta terbaru Tasha yang kini sedang intim dengan seorang peninju Muay Thai yang badannya penuh bertatu.
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu siapakah nama peninju kacak berkenaan, Murai Batu lihat berkemungkinan besar hubungan Tasha dengan jejaka tampan ini lebih dari seorang kawan.
Apa sekalipun, Murai Batu tak mahu terlebih kata dan terlebih membuat spekluasi. Yang penting, Murai Batu kenal benar dengan attitude Tasha. Apabila diminta bergambar, dia seorang yang mudah mesra dan tidak kisah apabila untuk bergambar mesra asalkan gambar yang tersebut berhasil.
Sebab itulah banyak betul gambar mesra Tasha bersama peninju. Berbanding gambar bersama Mahali.
Yelah, setahu Murai Batu, Mahali pula seorang jejaka yang pemalu untuk bergambar.
Namun, Murai Batu tahu. mesti sekarang ini peminat bingung dengan pilihan Tasha. Kalau benar bagai di kata ,Murai Batu rasa sudah kenal benar dengan citarasa Tasha terhadap seorang lelaki.
Yelah, melihat kepada fizikal dan wajah peninju dan Mahali, kedua-duanya mempunyai rupa paras yang lebih kurang sama dan bertubuh sasa. Paling ketara, kedua-duanya adalah atlit sukan. Perbezaannya pula adalah badan sasa peninju ini dipenuhi lukisan tatu.
Apa sekalipun, tunggu sajalah pengumuman rasmi dan mengejut dari Tasha. Manalah tahu, lepas gosip ini keluar, Tasha akan membuat pengumuman mahu berkahwin dengan lelaki lain yang baru kenal dalam masa tiga hari saja. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -