Posted by : Unknown Saturday, November 30, 2013


Putus Dengan Johan Asari, Sharnaaz Anggap Karma Buat Shila Amzah
KUALA LUMPUR : Bekas kekasih kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Sharnaaz Ahmad mengambil langkah selamat untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku pada penyanyi Patah Seribu itu.
Sebaliknya, Sharnaaz Ahmad berkata apa yang berlaku di antara Shila dan pelakon, Johan As’ ari itu mungkin sudah ditentukan Tuhan.
“Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain”, kata Sharnaaz kepada murai.com.my
Sharnaaz ditemui di majlis sidang media drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang berlangsung di Hotel Best Western, semalam.
Dalam sebuah akbar melaporkan Johan membuat pengakuan secara mengejut yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin dan memberitahu sudah melamar pelakon itu.
Sebelum ini, hubungan cinta Sharnaaz dan Shila berakhir selepas mendapat tentangan daripada keluarga penyanyi tersebut.
Apabila ditanya media, adakah apa yang berlaku hukum karma buat Shila, Sharnaz hanya menjawab secara umum mengenai hukum tersebut.
“Dalam hal ni, entah lah. Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa.
“Kalau nak kata karma, saya memang pernah tulis di instagram sebelum ini mengenai karma iaitu, ‘Karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of u now’.
“Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama -lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila),” jelasnya lagi.
Sharnaaz bakal muncul dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta bersama barisan pelakon seperti Nelydia Senrose, Iqram Dinzly, Lisdawati, Tony Eusoff dan ramai lagi yang bakal menemui penonton di saluran Mustika HD (saluran 134) pada setiap hari Isnin hinhha rabu jam 10 malam bermula 9 Disember ini. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -