Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013

Pelakon serta pelawak terkenal, Didie Alias kini bergelar usahawan apabila butik online, Hitham telah berjaya dilancarkan, semalam.
Hitham merupakan butik kerjasama Didie dan dua orang pereka fesyen, Farel Mikhail dan Rinz Basha.
Apa yang menarik, produk yang dijual Didie adalah sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan pembeli.
“Untuk koleksi butik ini, kami akan keluarkan busana yang berkonsepkan kasual, jaket, selendang, jubah dan pakaian yang sesuai untuk digayakan ke pejabat.
“Butik online ini diterajui oleh saya dan dua orang rakan kongsi yang lain, di mana masing-masing mempunyai rekaan yang tersendiri,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.
Pada majlis pelancaran butiknya itu, antara artis yang kelihatan ialah Jasmin Hamid dan Raja Ema.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada lima cahaya mata itu akan berlepas ke Bali pada hujung Disember untuk bercuti bersama peminat-peminatnya yang dianjurkan oleh TV Al-Hijrah.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -