Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013


Sekarang ini, semua peminat bola sedang hangat memperkatakan tentang pertemuan akhir Piala Malaysia 2013 melibatkan pasukan Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam, 3 November ini.
Tiket-tiket pun diberitakan sudah langsai dijual semuanya. Ini bermakna, stadium Ahad ini pasti meriah dibanjiri penyokong terutama yang datang dari kedua-dua negeri Pantai Timur yang bakal berentap.
Istimewa buat penyokong Kelantan, kapten pasukan bola anda, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya ada sedikit pesanan.
Menerusi rakaman video, Piya menyeru kepada penyokong negeri Cik Siti Wan Kembang agar turun ke stadium beramai-ramai pada perlawanan akhir, lusa.
Begitu pun Piya berharap kesemua yang hadir datang dengan semangat kesukanan demi menyokong pemain seterusnya mengelakkan sebarang huru hara.
Memandangkan jarak yang agak jauh antara Kota Bharu dan Shah Alam, Piya turut berpesan supaya kenderaan dipandu dengan berhati-hati. Maklumlah, berita kemalangan membabitkan penyokong bola sudah pernah berlaku sebelum ini.
Dan nak tahu pesanan paling penting dan sweet daripada Piya?
Kepada penyokong Kelantan, Piya menyeru supaya bersolat jemaah terlebih dahulu sebelum ke stadium.
“Kalau tak boleh di rumah, kita berjemaah di stadium. Di sana ada surau yang tersedia dengan tikar dan sejadah,” kata Piya dalam dialek Kelantan.
Apa pun khas buat peminat Piya, kami paparkan video pesanan Piya supaya jangan lupa solat jemaah di samping sekeping gambar Piya sedang bersolat dengan hanya berkain pelekat.
Alhamdulillah, inilah contoh pemain bola yang bukan sahaja hebat di padang tapi juga boleh memberikan teladan yang baik kepada generasi muda dan peminat sukan negara. – REM RAMZI


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -