Posted by : Unknown Wednesday, November 13, 2013

Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Pada 7 November lalu, telah berakhirnya sebuah drama popular Love You Mr. Arrogant yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3. Untuk pengetahuan anda, drama ini mula ditayangkan pada 25 September setiap hari Isnin hingga Khamis.
Terdahulu, drama Nora ElenaTentang Dhia, Setia Hujung NyawaTeduhan Kasih, dan Cinta Jannah telah menyerikan kaca televisyen anda. Namun selepas drama Love You Mr Arrogant melabuhkan tirai, slot akasia bakal diserikan dengan drama terbaru, Playboy Itu Suami Aku.
Mungkin menjadi citarasa dikalangan penonton tentang alam percintaan, drama ini mencatat rekod baru dengan meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.6 juta.
Hasil lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya, drama tersebut telah menjadi trending nombor satu dikalangan pengguna Twitter. Umumnya, setiap minggu drama tersebut pasti menjadi buah mulut penonton sehinggakan ada yang membuat spekulasi sendiri terhadap jalan cerita tersebut.
Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta
Anzalna Nasir dalam Love You Mr Arrogant
Umumnya, barisan artis yang menjayakan lakonan ini terdiri daripada Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Bagi anda yang mempunyai sebarang perbualan atau komen, letakkan hashtag #LYMA dilaman Twitter sekarang!

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. hah, pasal drama-drama kat tv3 ni disiarkan jam 7 malam laa maka ramai orang islam yang terlepas solat maghrib kerana lebih pentingkan drama daripada solat maghrib... termasuk nenek saya...

    tolong ler pasang drama seblm waktu maghrib macam dulu iaitu jam 6.30ptg dan bersambung sampai 7.30 malam...waktu maghrib sekarang ni dah pendek jadi jangan ler kita umat islam melengahkan masa dengan mengejar dunia aje!!

    ReplyDelete

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -