Posted by : Unknown Wednesday, November 13, 2013

Fans Mengamuk Buat Azhael Terus Trending
KL : Pengumuman AFMASUK (Afundi Masuk) malam tadi dalam program AF Buzz di Astro Ria saluran 104 dan Maya HD saluran 135 pastinya menggembirakan semua peminat bintang #AF2013 yang tersingkir terutama sekali penyokong tegar duo Azhael.
Bagaimanapun, sebelum pengumuman AFMasuk dibuat, ramai peminat Azhael telah meroyan dan mengamuk di laman twitter dan Facebook dengan mengeluarkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan penyingkiran Azhael pada konsert minggu ke-9 yang di adakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.
Lebih teruk lagi, ada yang mengeluarkan cacian dan makian yang ditujukan buat penganjur. Malah, Murai Batu agak terkesima mendengar bahawa gara-gara keputusan berkenaan, segelintir peminat Azhael bermasam muka dengan peminat Nabila.
Menurut sumber Murai Batu, ada juga peminat ingin melancarkan perang dan tidak mahu menonton #AF2013 lagi kerana ketiadaan Azhael di final #AF2013 yang akan diadakan di Stadium Negara, Ahad ini.
Yang paling Murai Batu tidak sangka sama sekali, ada yang mengatakan Nabila adalah pelakon utama dalam drama #AF2013 yang disifatkan sudah dirancang dari awal lagi.
Apapun, rasa tidak puas hati ini terus menjadi-jadi sehinggalah suasana bertukar sedikit reda selepas pihak produksi mengumumkan AFMasuk, malam tadi.
Namun, ada juga pihak yang masih tidak puas hati dengan keputusan berkenaan. Hakikatnya, Azhael masih lagi terus trending dan jadi sebutan sebagai calon yang akan dimasukkan semula.
Bagi Murai Batu, seandainya anda benar-benar penonton #AF2013, anda sepatutnya sudah tahu perjalanan program ini yang telah mengangkat Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir dan Hazama sebagai juara.
Apapun, teruslah mengundi bintang #AFMasuk yang anda rasa sepatutnya layak untuk diberikan peluang kedua.
Untuk Amira yang berjaya jadi finalis, bintang ini sememangnya bertuah kerana diberi peluang dua kali dan mampu melayakkan diri ke final #AF2013. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -