- Back to Home »
- artis »
- Lana Nordin Sekat Akaun Yang Mengaibkannya Di Instagram
Posted by : Unknown
Wednesday, November 13, 2013
Isu yang mengaitkan selebriti, peminat dan laman sosial kini dilihat semakin lama semakin memberikan kesan buruk kepada semua pihak.
Seperti duri dalam daging, aktres sensasi Lana Nordin juga tidak dapat lari daripada terkena tempias bahana peminat yang mengutarakan komen pedas serta berbaur lucah di akaun laman sosial miliknya.
Ketika ditemui di Shout! Awards baru-baru ini Lana telah diminta mengulas tentang tindakannya yang dikatakan telah ‘melahar’ atau membalas komen-komen daripada peminat dengan cara yang kasar.
Namun begitu aktres tersebut merasakan ia perlu sebagai peringatan kepada mereka yang dirasakan sengaja menjadikan laman sosial miliknya tempat untuk mengutuk dan mengaibkan dirinya.
“Saya tidak mahu Instagram saya dijadikan tempat golongan yang tidak bertanggungjawab dan memang mempunyai niat yang tidak baik keatas saya melemparkan komen yang mengaibkan saya serta berbaur lucah.
“Ia soal air muka dan nama baik saya. Takkan saya boleh terima orang follow saya kerana suka membaca atau menjadikan Instagram saya tempat mereka menabur kata-kata lucah. Niat saya untuk berkongsi aktiviti dengan peminat dan sebagainya.
“Bukan saya kata saya tidak boleh ditegur, ada caranya. Ibu bapa saya pun kalau menegur saya tidak didepan adik beradik yang lain tetapi akan panggil saya dan bercakap dengan saya dengan baik-baik. Bukannya di depan-depan orang dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya,” bidas Lana mengenai dakwaan dia melahar peminat di dalam Instagram miliknya.
Lana juga turut menyuruh mereka yang dilihat sengaja mahu mengaibkannya di laman sosial miliknya itu untuk melihat balik apa yang dimaksudkan dengan sosial tersebut. Baginya, jika seseorang itu tidak tahu bersosial jangan menggunakan laman sosial kerana akan berlaku perkara seperti menimpa dirinya itu.
“Kalau orang yang mengerti maksud sosial itu pasti dia tahu bagaimana nak bersosial dan menggunakan laman sosial. Takkan kita masuk ke tempat orang kita boleh sesuka hati cakap itu dan ini. Bila nanti saya private akaun Instagram saya ada yang kata sombong dan sebagainya.
“Bila saya buka tanpa perlu pengesahan, ramai pula yang ambil kesempatan untuk melemparkan pelbagai kata-kata yang tidak enak didengar. Apatah lagi dengan kata-kata lucah dan provokasi. Kerana itu saya terpaksa menjawab dan membalas komen sebegitu.
“Ada dikalangan mereka yang memberikan komen ini adalah kumpulan yang memang mensasarkan selebriti dan saya dapat mengesan kumpulan ini.
“Setelah selebriti melenting mereka akan berbicara sesama sendiri dan sampai ketika ini saya rasa hampir 10,000 akaun yang telah saya block terdiri daripada mereka ini,”tambah aktres ini yang benar-benar memerangi golongan ini atau dikenali sebagai haters di laman sosial.
Menurutnya lagi, dia bukannya suka untuk memarahi peminat atau orang yang mahu memberikan komen dan teguran tetapi yang mana tidak perlu atau negatif serta kurang ajar, Lana akan jawab dan block mereka.
Kalau tidak suka atau merasakan Instagramnya menyinggung mana-mana pihak, Lana memohon mereka untuk tidak lagi mengikuti akaunnya.
Dia meminta agar mereka ini unfollow kerana dia tidak pernah menyuruh orang yang tidak sukakan dirinya untuk follow akaunnya. – Murai