Posted by : Anas Nazri Sunday, November 10, 2013

Hafiz Dominasi Anugerah, Khairy Jamaluddin Curi Tumpuan #ShoutAwards
Sebentar tadi, telah berlangsungnya anugerah berprestij Shout! Awards 2013 yang disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Sudah memasuki edisi keempat, anugerah ini sekali lagi menarik perhatian para penonton dengan persembahan-persembahan menarik para artis.
Turut dimeriahkan dengan penampilan bekas vokalis kumpulan Westlife, Shane Filan,  persembahan pembukaan Shout Awards 2013 telah dibuka khas oleh penyanyi, Bo atau Mr Fluff dengan lagunya sendiri,Fearless Heart. Tak cukup disitu, Joe Flizzow dan Altimet juga tampil bergaya dengan lagu mereka, Havoc yang dipersembahkan bersama penari-penari yang dibawa khas.
Jika edisi lepas menyaksikan Yuna merangkul trofi Popstar Award, untuk tahun ini, Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano telah berjaya merampas trofi tersebut dan juga trofi Power Vocal Award sekaligus mendominasi anugerah di Shout Awards 2013.
Selain itu, Jozan juga telah berjaya mengekalkan trofi Best On Screen Chemistry Award yang dimenangi mereka pada tahun lepas manakala Aaron Aziz pula mengekalkan trofi Hot Guys Award.
Hafiz Dominasi Anugerah, Khairy Jamaluddin Curi Tumpuan #ShoutAwards
Khairy Jamaluddin rangkul trofi Wired Celebrity Award
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah, Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan memenangi trofi Wired Celebrity Award.
Atas penglibatannya yang aktif di laman sosial terutama Twitter, Khairy Jamaluddin bukan saja bergelar menteri, malah beliau kini sudah dianggap sebagai selebriti.
Pada anda yang terlepas, dibawah ialah senarai penuh pemenang bagi anugerah-anugerah di Shout Awards 2013.
Popstar Award – Hafiz
Flava Award – Mizz Nina
Coolest Radio Announcer Award – Fara Fauzana
Favourite Radio Show Award – Johara Pagi Era
Favourite TV Program Award – Versus 2
Best On Screen Chemistry Award – Jozan
Breakout Award (Best New Act) – Jay Walia
Music Video Award – KRU ft Stacy
Hot Guy Award – Aaron Aziz
Hot Chick Award – Fazura
Favourite TV Personality Award – Zizan
Breakthrough Local Feature Award – Kil
Rockstar Award – Bunkface
Fresh TV Series Award – Sebenarnya Saya Isteri Dia
Wired Celebrity Award – Khairy Jamaluddin
Shout! Aloud Award – Mat Luthfi
Power Vocal Award – Hafiz
The Ultimate Shout! Awards – Joe Flizzow


by :  OH BULAN

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -