Posted by : Unknown Sunday, November 3, 2013

ITIK getah gergasi berwarna kuning yang terkenal di seluruh dunia menjadi mangsa gempa bumi di Taiwan apabila kempis ketika gempa bumi melanda negara itu, Khamis lepas.
Patung itu kemudian meletup apabila petugas pameran cuba mengembangkannya semula, menurut sumber rasmi kelmarin.
Patung itik setinggi 18 meter itu dipamerkan di utara daerah Taoyuan kempis apabila pam udaranya berhenti beroperasi ketika bekalan elektrik terputus ekoran gegaran gempa sekuat 6.3 magnitud pada skala Richter.
Gempa bummi itu menggegarkan banyak bangunan di bandar Taipei dan juga sebahagian besar Taiwan terlibat dalam bencana alam itu.
Bagaimanapun, penganjur pameran terpaksa memberhentikan pameran itik berkenaan yang diilhamkan oleh artis pelukis Florentijn Hofman ekoran angin kuat telah menyebabkan bahagian belakang itik itu meletup.
Menurut sumber rasmi, kerosakan pada itik gergasi itu sukar untuk diperbaiki dan mereka merancang untuk mendapatkan seekor lagi itik getah yang direka Hofman yang berukuran lebih kecil.
Pameran itik getah itu di Taiwan itu menarik kira-kira empat juta pelawat selepas ia berada di sana kira-kira sebulan.
Sejak 2007, itik yang dihasilkan oleh Hofman telah pun mengembara ke 13 buah bandar di sembilan negara termasuk Brazil dan Australia. – Kosmo

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -