Posted by : Unknown Tuesday, November 12, 2013

Baru-baru ini terdengar desas desus yang penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 54, berminat untuk menyunting Nas Adila, seorang penyanyi berusia 27 tahun dan telah pun merisik wanita itu untuk dijadikan isteri. Namun begitu, melalui Kosmo!, Jamal menafikan dia telah merisik wanita itu.
Sebenarnya saya dapat banyak pengajaran daripada kejadian ini. Namun, sebelum itu saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada.
Saya juga dapat maklum balas daripada peminat-peminat saya dan semua orang, jadi saya nampak kejadian ini telah membuatkan saya membuka mata bahawa betapa sayangnya mereka pada saya. Ini sebenarnya, kasih sayang mereka pada saya, memberi pandangan, nasihat serta sebagainya. Saya bersyukur sebenarnya.
Mendakwa dia berasa terharu dengan nasihat serta sokongan yang diberikan peminatnya berhubung isu ini, Jamal memberikan bayangan semuanya hanya salah faham.
Itu yang saya juga tidak tahu punca dari mana yang mengatakan tentang perkara merisik ini tetapi jika kerisik memang saya selalu makan (ketawa).
Jamal memberitahu besar kemungkinan dia digosipkan dengan Nas kerana foto yang dimuat naik oleh penyanyi itu di laman sosialnya.
Untuk pengetahuan semua, saya ada buat beberapa konsert di Istana Budaya dan Kuala Terengganu dan sebagainya. Saya tidak tahu puncanya, namun mungkin foto-foto yang dimuat naik oleh Nas sendiri di laman sosial ketika kami sedang bekerja, disalah anggap oleh sesetengah pihak. Saya seperti majikannya yang mana saya sering bekerja dan bukan sahaja bersamanya, malah dengan orang lain juga.
Begitulah kisah yang sebenarnya. Mungkin Jamal masih belum bertemu dengan wanita yang dikira sesuai untuk menjadi isterinya. Dengan penjelasan ini maka terungkailah segala persoalan mengenai hubungan Jamal dengan Nas Adila yang menjadi perbualan hangat sebelum ini. Semuanya salah faham saja ya.
Apa pun diharapkan abang Jamal akan terus sukses dan semoga ketemu juga wanita yang sesuai sebagai isteri suatu hari nanti.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -