Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013



Tahniah diucapkan buat pelawak Jep Sepahtu apabila berjaya menewaskan peserta kegemaran ramai, Johan dalam pertandingan Super Spontan 2013 yang dianjurkan oleh Astro Warna.
Kemenangan tersebut membolehkan Jep membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Nissan Silphy 2.0 beserta trofi.
Sementara itu, Johan seperti tahun sebelumnya, hanya mampu bergelar naib juara dengan menerima hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Nabil selaku pemenang tempat ketiga berjaya membawa pulang RM25,000 beserta trofi.
Tiga lagi finalis lain iaitu Yus, Rahim dan Tauke pula masing-masing menerima wang tunai RM5000.
Peringkat akhir program itu telah bersiaran secara langsung dari Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.
Super Spontan yang sudah melabuhkan tirainya itu dihoskan oleh penyampai radio Era, Hanif dan Ray di samping Amir Raja Lawak.
Sementara, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik memegang tugas sebagai pengulas bersama rancangan lawak itu.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -