Posted by : Unknown Tuesday, November 5, 2013



Setiap wanita pasti mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan mereka.
Perkara itu tidak terkecuali buat penghibur berbakat besar, Adibah Noor.
Namun, menurutnya perkahwinan menjadi satu keutamaan buat dirinya selepas usianya mencecah 40-an.
“Zaman untuk berkahwin sudah lepas. Kalau dulu sebelum umur 40 tahun, ada juga terfikir. Tapi sekarang tidak lagi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Enggan menganggap perkahwinan sebagai satu beban dalam hidupnya, pengacara Liga Lawak Superstar ini redha sekiranya dia tidak bertemu jodoh selepas ini.
“Apabila jodoh pasangan hidup tidak ada… saya akur jika itu kehendakNya. Mungkin bab itu bukan bahagian saya atau saya akan ketemu juga cinta sejati satu hari nanti, mana tahu,” katanya lagi.
Adibah yang juga penyampai radio Suria FM ini juga menyatakan dia kini tidak lagi berharap pada cinta selepas pernah mengalami episod luka dalam percintaan sebelum ini.
Oleh: AUDREY LEE

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -