Posted by : Unknown Saturday, November 30, 2013


Kamal Adli Kecewa, Mana Kredibiliti Fizz Fairuz?
KUALA LUMPUR : Liga Lawak Superstar (LLS), program realiti pencarian penghibur menampilkan barisan selebriti dan pendatang baru kini sedang menghampiri kemuncaknya tidak lama lagi. Namun begitu, program yang julung kali disiarkan di TV3 itu terpalit kontroversi melibatkan peserta selebritinya yang dikatakan buat hal.
Menjadi antara kumpulan tumpuan, Apa Kasih Toq (AKT) kini dilanda konflik bila mana ahli AKT iaitu Fizz Fairuz tiba-tiba tiada ketika persembahan minggu lalu dan Kamal Adli dan Didie Alias kini dibantu Syafiq Kyle memenuhkan kekosongan yang ditinggalkan Fizz.
Aktor hebat itu pula yang mendakwa dia disingkirkan daripada meneruskan perjuangan bersama AKT dan status Twitter itu dimuatnaik Fizz ketika berada di London dan Cardiff menyaksikan perlawanan bola sepak.
Sebagai rakan kumpulan, Kamal Adli yang ditemui baru-baru ini melahirkan rasa kecewa dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan AKT yang dipandang enteng oleh Fizz Fairuz pada tafsirannya. Namun begitu dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Fizz dan enggan memanjangkan isu ini.
“Sebagai ahli kumpulan AKT saya kecewa dengan ketiadaan Fizz yang menjadi penggerak utama kumpulan kami. Saya juga merasakan terkilan kerana Fizz tidak melihat penyertaannya dalam LLS secara serius.
“Saya juga pernah ditawarkan untuk mengikuti rombongan yang sama tetapi kerana komitmen LLS saya harus laksana tanggungjawab yang telah saya janjikan. Tiba-tiba hilang dan mendakwa disingkirkan, saya tiada komen untuk dakwaan itu kerana itu bukan bidang kuasa saya.
“Tetapi dia memberitahu ahli lain bahawa dia ada perkara yang tidak diapat dielakkan dan terpaksa meninggalkan AKT. Tetapi akhirnya saya sendiri lihat foto Fizz di Instagram sedang menonton Liga Inggeris di sana,”ucapnya dalam nada kecewa setelah insiden yang berlaku melibatkan kumpulannya dalam LLS.
Konflik ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Fizz Fairuz yang dilihat tidak serius dan agak mementingkan diri melalui status yang dimuatnaik oleh aktor itu sendiri dalam akaun Twitternya. Dia turut dilihat mempersendakan penggantinya dalam AKT iaitu Syafiq Kyle dengan bangganya melalui status yang dikongsi kepada semua pengikutnya di Twitter. – Murai

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -