Posted by : Unknown Monday, November 4, 2013

 Satu majlis tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Norazita Abu Talib diadakan di cawangan AmBank, USJ Sentral, petang semalam.

Keluarga Allahyarham Norazita Bakal Terima RM352,188, RM42,400 Dari Azman Hashim

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, pihak pengurusan kanan, petugas dan rakan Norazita berlangsung selepas solat Asar.

“Sumbangan RM100,000 itu terdiri daripada RM45,599.02 hasil Kutipan Wang Derma Kelab AmBank Group, RM2,000 daripada Kelab AmBank Group, RM10,000 daripada AmIslamic Bank dan juga sumbangan individu RM42,400.98 dari Tan Sri Azman Hashim.

“Wang yang diterima dibawah Polisi Insurans Kumpulan berjumlah RM352,188 (terdiri daripada RM149,652 daripada Insurans Hayat Tempoh Kumpulan atau “Group Term Life” dan RM202,536 daripada Insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan) akan dibayar kepada estet Allahyarhamah,” kata kenyataan tersebut.

Pada 1 November lalu berkeyakinan tinggi dapat menyelesaikan kes tembak tersebut berikutan penemuan beberapa lagi petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan dipetik berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri menganggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.

Norazita dibunuh dengan kejam oleh seorang pengawal keselamatan yang menembak mati dengan menggunakan selaras senapang semasa dia membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -