Posted by : Unknown Tuesday, November 12, 2013

"Kami sekeluarga takkan maafkan perbuatan suspek yang menembak mati Allahyarham. Dia (suspek) berani buat, beranilah tanggung akibatnya!," kata Abu Talib Mohd Isa, 65, iaitu bapa kepada pekerja AmBank, Norazita yang maut selepas ditembak seorang pengawal keselamatan di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.

Keluarga Norazita Tak Akan Maafkan Pembunuh

Abu Talib ketika ditemui di rumah anak sulungnya di Subang Bestari semalam berkata, dia dan keluarga marah dengan perbuatan suspek, namun sebagai manusia mereka tidak berdendam dan berharap hukuman dikenakan terhadap penjenayah itu dapat memberi keadilan buat anak keduanya itu.

Katanya, selepas 19 hari pemergian anak keduanya itu, berita penahanan suspek utama pagi semalam, adalah berita terbaik yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka sekeluarga.

Menurutnya, beliau serta seluruh ahli keluarga terutama menantu (suami Norazita) dan dua cucunya gembira dan bersyukur.

"Tidak sia-sia doa dan solat hajat yang dilakukan kami sekeluarga bagi memohon ALLAH SWT mempermudah siasatan yang dijalankan polis bagi menangkap suspek terbabit.

"Harapan saya, semoga suspek utama diberi hukuman sewajarnya mengikut undang-undang. Kami tak dapat maafkan dia tetapi kami juga tidak berdendam. Siapalah kami untuk menghukumnya," kata pesara tentera yang baru tiba dari Kampung Air Hitam, Kampar, Perak.

Abu Talib berkata, dia juga terharu dengan kerjasama yang diberikan orang ramai dalam membantu polis mengesan suspek terbabit.

Menurutnya, selepas insiden terbabit, dia ada bermimpi menemui arwah, namun hanya dapat melihat anaknya tersenyum sebelum hilang.

Sementara itu, ibu arwah Norazita, Norsham Abd Kader, 62, memberitahu, semalam adalah hari paling menggembirakan buat dirinya yang begitu rapat dengan anak keduanya itu.

"Sejak kejadian, Mak Cik tak boleh nak bercakap sebab terlalu sedih dengan kejadian menimpa arwah, tetapi hari ini, hati lega dan syukur sangat. Rasa bersemangat dan seronok," katanya sebak.

Norsham berkata, dengan penahanan suspek, dia berharap anaknya mendapat pembelaan sepenuhnya dan mereka sekeluarga merancang mengadakan kenduri kesyukuran dalam tempoh terdekat.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -