Posted by : Unknown Saturday, November 2, 2013

SHAH ALAM: Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd iaitu Mawar Putih Tanda Perpisahanmengungguli pencalonan Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) apabila menerima lapan pencalonan daripada 30 anugerah yang dipertandingkan.

Drama lakonan Datuk Rosyam Nor dan Nad Zainal itu dicalonkan dalam kategori Videografi Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama menerusi pengarahnya, Bade Azmi.
Awal Shaari bersama pelakon Faizal Hussein dan Nad Zainal. -Foto oleh: SHAARI CHE MAT
 
Manakala barisan pelakon drama tersebut turut mendapat pencalonan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik(Rosyam), Pelakon Wanita Terbaik (Nad Zainal), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ruminah Sidek) dan Artis Harapan Pantene (Yuswaizar).

Drama Aku Bukan Malaikat arahan Erma Fatimah dan Fatihah Untuk Abah (Azma Aizal Yusoof) pula masing-masing mendapat tujuh pencalonan termasuk Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik.
Nad Zainal (kiri) dalam Mawar Putih Tanda Perpisahan.
ASK 2013 memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013.
Ia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.
Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan.
Sementara itu, antara nama yang turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Drama Terbaik adalah Sharnaaz Ahmad, Faizal Hussien, Wan Hanafi Su, Azhan Rani manakala bagi kategori wanita adalah Datin Umie Aida, Nora Danish, Sharifah Amani dan Sherlie Merlis.

Bagi kategori filem, karya terbitan Grand Brilliance iaitu KIL mendapat tujuh pencalonan iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik (Nik Amir Mustapha), Pelakon Wanita Terbaik (Cristina Suzanne), Pelakon Lelaki Terbaik (Redza Minhat), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Anne James) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Harun Salim Bachik).

Turut bertanding dalam kategori Filem Terbaik adalah SAM, Rock Oo, Istanbul Aku Datang dan Langgar.
Kategori Pengarah Terbaik pula memperlihatkan Mamat Khalid berentap dengan nama-nama baru dalam dunia perfileman iaitu Syafiq Yusof, Bernard Chauly dan Syed Hussain.

Dalam perkembangan sama, nama-nama seperti Lisa Surihani, Nadia Aqilah, Nora Danish dan Jojo Goh turut tersenarai sebagai lima pencalonan terbaik untuk kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik.
Manakala Shahiezy Sam, Que Haidar, Remy Ishak dan Adi Putra dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Filem Terbaik.

Bagi kategori drama rantaian, lima drama telah dicalonkan untuk berentap merebut anugerah Drama Rantaian Terbaik iaitu Adam Dan Hawa, Dalam Setiap Sujud, Debunga Lalang, Karlos dan Surat Dari Langit Biru.

Kategori drama komedi pula menerima pencalonan seperti Buletin Cinta, Mentua VS Mentua, Udin Glamor Balik Kampung dan Keluarga Iskandar.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, penganjuran ASK 2013 mendapat sokongan positif daripada stesen televisyen lain dan pengumuman senarai lima pencalonan terbaik bagi semua kategori sebulan sebelum berlangsungnya acara itu bagi mencetuskan debaran di kalangan finalis bertanding.

"Kami ingin meraikan kesemua finalis yang tersenarai kerana mereka sudah layak bergelar sebagai pemenang berdasarkan kualiti kerja yang dipersembahkan," katanya.

Jelas Sherina lagi, kesemua calon yang tersenarai dipilih berdasarkan garapan skrip yang baik, jalan cerita sempurna, lakonan, mutu penerbitan serta mempunyai mesej positif.

"Calon-calon bertanding terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013 dan pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton menerusi kajian Nielsen Audience Measurement mengikut ‘genre’ masing-masing.

“Semua pencalonan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih," jelasnya.

Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Kumpulan One Nation Emcee turut menjadi artis pembuka tirai pada acara malam Jumaat dengan menyampaikan lagu-lagu daripada filem Bujang Lapok iaitu Resam Dunia, Pok Pok Bujang Lapok, Ya Habibi Ali Baba dan Gelora.

Selain kumpulan itu, penyanyi Asmidar, Jaclyn Victor dan Ucop turut memeriahkan suasana dengan persembahan bertenaga mereka dengan menyampaikan lagu-lagu daripada filem Sembilu 2 iaitu Bersama Akhirnya, Senja Nan Merah dan Ukiran Jiwa.

Berikut adalah senarai Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013:

KATOGERI DRAMA
1. DRAMA TERBAIK
Aku Bukan Malaikat – Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Di Bawah Langit Mu – Primeworks Studios
Fatihah Untuk Abah – BZ 2121 Productions Sdn Bhd
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Neraka Abah – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Sharnaaz Ahmad - Di Bawah Langit Mu
Faizal Hussein – Fatihah Untuk Abah
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
Rosyam Nor - Mawar Putih Tanda Perpisahan
Azhan Rani - Neraka Abah

3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat
Nora Danish – Di Bawah Langit Mu
Sharifah Amani - Fatihah Untuk Abah
Nad Zainal – Mawar Pitih Tanda Perpisahan
Sherie Merlis – Perempuan Itu Ibuku

4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Beto Khusyairi – Aku Bukan Malaikat
Azhan Rani - Fatihah Untuk Abah
Amerul Affendi – Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman
Shukri Yahya – Perempuan itu Ibuku 
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap

5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Khatijah Tan - Akhirnya Kisah Perempuan
Ruminah Sidek – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Liza Abdullah – Neraka Abah
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
Amanda Misbun – Tunggu Sekap

6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat
Raja Ahmad Alauddin – Di Bawah Langit Mu
Azma Aizal Yusoof - Fatihah Untuk Abah
Bade Haji Azmi – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Heykal Hanifah - Neraka Abah

7. ARTIS HARAPAN PANTENE
Aniekeme Samuel – Aku Bukan Malaikat
Shasha Al Khred - Kawan
Adam Shah - Kawan
Yuswaizar – Mawar Putih Tanda Perpisahan
Hadi Nawawi – Tunggu Sekejap

8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Adam dan Hawa – Global Station Sdn Bhd
Dalam Setiap Sujud – Primeworks Studios
Debunga Lalang – Asia Media Content
Karlos – Frontrow Picture Sdn Bhd
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd

9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Keluarga Iskandar – KL Motion Picture Company Sdn Bhd
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios
Buletin Cinta – Primeworks Studios
Udin Glamor Balik Kampung – NHF Productions Sdn Bhd

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance
SAM – Skop Production Sdn Bhd
Rock OO – Grand Brilliance
Istanbul Aku Datang – Grand Brilliance
Langgar – Tayangan Unggul Sdn Bhd

11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha - KIL
Syafiq Yusof - SAM
Mamat Khalid - Rock OO
Bernard Chauly - Istanbul Aku Datang
Syed Hussein – Langgar

12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne - KIL
Lisa Surihani - Sam
Nadia Aqilah - Zaiton Ceritaku
Nora Danish – Mencari Cinta
Jojo Goh – 29 Februari

13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM
Shaheizy Sam - SAM
Que Haidar - Rock OO
Redza Minhat - KIL
Remy Ishak - 29 Februari
Adi Putra – Langgar

14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM 
Erin Malek - Lari
Datin Umie Aida – Sembunyi
Anne James - KIL
Miera Liyana – Pecah
Yana Samsudin - 2 Kalimah

15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahma – Rock OO
Harun Salim Bachik - KIL
Izzue Islam – 29 Februari
Sharnaaz Ahmad – Juvana
Sofi Jikan – Rock OO

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK
Lama Terbaru (TV9)
Nona 2013 (TV3)
Detik 12 Malam (TV3)
Hip Hoppin’ Asia (8TV)
Salam Muslim (ASTRO OASIS)

17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
The Breakfast Show (ntv7)
Tunggu Sekejap (TV3)
Selami Jiwa Fadzilah Kamsah Istimewa Raya (Astro Oasis)
Suara Kami (Astro Awani)
Bella (ntv7)

18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Bella Awards 2013 (ntv7)
Tom Tom Bak All Stars – (Astro Ceria)
Anugerah Blokbuster 2 (Astro Ria)
Amekaw Musim 3 (TV3)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Shout Awards 2012 (8TV)
Laskar Nidji (TV9)
Versus 2 (TV9)
Rooftop (ntv7)
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Raja Lawak Akhir (Astro Warna)
Jetlag (TV9)
Showdown 2013
The Ultimate Songs (8TV)
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Anak Lorong – Buletin Utama (TV3)
Chinese New Year Special , Wayang Kulit (Mandarin News – 8TV)
Rakus (Berita TV9)
Syiah Itu Tidak Berpenghujung (Berita TV9
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Followers

Ping!

Powered by Blogger.

Visitors

Visitor Counter

- Copyright © B|S Network -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -